Koleksi Kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia 2

Buku Koleksi Kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia menghimpunkan kisah-kisah teladan buat menyemai nilai-nilai murni yang penting untuk mengasuh pembinaan “Insan Beriman dan Beramal”. Kisah-kisah ini sebahagian besar adalah merupakan adaptasi daripada kisah-kisah dan cerita-cerita ceria yang biasa menjadi modal penceramah atau fasilitator kursus. Terdapat juga dalamnya kisah-kisah yang diadaptasi daripada buku-buku yang mempromosi kisah-kisah teladan. Kisah-kisah seumpama ini diharap dapat menceria pembaca di kala hendak merehatkan minda di samping memanfaat iktibar positif yang boleh dicetuskan daripada kisah-kisah tersebut. Karya ini sesuai untuk insan yang sudah sekian lama ketandusan ukiran indah senyuman di wajah. Ia juga amat sesuai untuk insan yang sering berduka dan bermuram durja hingga lupa betapa indahnya keceriaan. Ia turut teramat sesuai bagi insan yang hanya berinteraksi dengan benda hingga lupa bahawa dia sebenarnya manusia. Koleksi kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia cuba menyemai seberapa banyak mungkin ciri-ciri keinsanan agar dapat membantu insan seumpama ini. Semoga karya ini sentiasa menemani pembaca budiman sekalian dengan penuh keceriaan tatkala bersantai merehatkan minda

RM20.00

Weight 0.3 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Koleksi Kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia 2”

Order yang telah diproses.

Jumlah pelanggan kami.

Koleksi buku.