Bahagian Penerbitan
Penyebaran dakwah melalui bahan-bahan cetakan amat penting dalam insiatif penyampaian maklumat mengenai Islam kepada masyarakat. Bahan-bahan cetakan bermula dari zaman Rasulullah SAW yang merupakan warisan khazanah Intelektual sehinga kini. Aktiviti penerbitan melalui media cetak ini menjadi salah satu pilihan masyarakat untuk pemahaman dan peningkatan ilmu pengetahuan.
Rentetan dari kepentingan tersebut, Penerbitan YADIM telah dibangunkan di awal penubuhan YADIM pada era 1970an. Unit penerbitan tersebut ditubuhkan bagi menerbitkan majalah, buku, risalah, manuskrip dan sebagainya sebagai usaha penyampaian dakwah kepada masyarakat. Hal ini sebagaimana harapan Yang Dipertua YADIM pertama iaitu Y.B Tan Sri Syed Nasir Ismail di perjumpaan Badan-badan Dakwah seluruh Malaysia pada 29 April 1974. Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa :
“..adalah menjadi hasrat YADIM untuk mengeluarkan penerbitan dalampelbagai bentuk dan corak yang berjiwa Islam. Saya suka menarikperhatianpara penulis dan sasterawan tanahair kita bahawa kitasangat memerlukan bahan-bahan sastera yang berunsur Islam baikdalam bentuk sajak, cerpen, drama dan sebagainya untuk bacaan dansebagainya untuk bacaan danpanduan umat Islam. Oleh yangdemikian, saya menyeru dan mengajak parasasterawan, penyajak,pengarang dan penulis yang sedang giat menghasilkan karyamereka untk memperkayakan sastera bangsa kita melauskan atau mengalih pula kegiatan mereka kepada bidang sastera yang berunsurIslam.Saya berharap ramai daripada penulis kita yang berjiwa Islamakan tampiluntuk mengisi kekosongan dalam jurusan yang belummereka tempuh. saya berharap penulisan dalam bidang agama ini akantumbuh dengan suburnyadalam dada pengarang-pengarang kitaseimbang tumbuhnya penulisan di bidang sastera bangsa yang sudahsubur dan merendang itu..”
Kesinambungan dari penyataan di atas, kronologi penubuhan bahagian penerbitan di YADIMbermula pada tahun 1977 hingga ke 2000 atas unit penerbitan. Kemudian pada tahun 2000-2003 unit penerbitan telah diperkasakan sebagai Bahagian Penerbitan dan Dokumentasi. Selepas itu, pada tahun 2003-2010 bahagian penerbitan ini diletakkan dibawah Bahagian Dakwah Profesional. Selanjutnya, pada tahun 2010-2013 penempatannya di Sektor Analisa Dan Penyelidikan, pada tahun 2013 diasingkan menjadi Bahagian Penerbitan dan Dokumentasi. Pada hujung tahun 2013 diletakkan dibawah Pasukan Komunikasi (PASKOM) dan pada tahun 2016 sehingga kinisebagai Bahagian Penerbitan.