Setiap guru al-Quran memikul tanggungjawab yang besar dalam mendidik para pelajarnya. Mereka perlu mempunyai ciri-ciri dan keperibadian yang mulia serta berpegang kepada iktikad yang betul. Selain itu, guru al-Quran perlu mempunyai niat yang ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawabnya serta berpegang teguh kepada ajaran agama.
Panduan dan Bimbingan Guru Al-Quran ini dapat memberikan panduan kepada guru-guru al-Quran serta bakal-bakal guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Pengajaran al-Quran ini perlu dilaksanakan dengan baik bagi memastikan ilmu yang disampaikan itu benar-benar melahirkan generai berakhlak dan berilmu.
Guru al-Quran tidak sekadar mengajar muridnya membaca kitab suci itu tetapi apa yang lebih penting ialah guru perlu menjaga agama yang disyariatkan seperti hukum-hukum agama yang disyariatkan seperti hukum-hukum agama yang dizahirkan dan membudayakan perkara-perkara yang digalakkan di dalam agama Islam.
Dalam konteks ini, penulis turut menyenaraikan pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh guru al-Quran bagi memastikan pengajarannya berkesan. Antara bidang ilmu itu termasuklah akidah, tafsir, fiqh, nasikh dan mansukh, hadis dan as-sunnah, tasawuf dan sejarah Islam.
Buku ini turut memuatkan metode-metode yang perlu digunakan oleh guru al-Quran untuk mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza latar belakang. Penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai adalah penting bagi membolehkan setiap pelajar itu dapat memahami apa yang diajar itu dengan cepat.
Panduan dan Bimbingan Guru Al-Quran
RM19.90
Reviews
There are no reviews yet.