Madrasah Ramadhan Penerokaan & Hukum- Hakam
Buku ‘Madrasah Ramadhan, Penerokaan dan Hukum- Hakam’ terjemahan Dr. Muhammad Ali Dannawi ini menerangkan tentang hal- hal yang berkaitan dengan ibadah puasa yang menjadi salah satu kewajipan umat Islam.
Amalan seperti bersedekah, memberi makan orang yang berpuasa, membaca al-Quran dan mengimarahkan masjid adalah antara amalan yang ditekankan dalam buku ini. Ianya sekaligus menyedarkan masyarakat pada hari ini agar tidak tertumpu kepada sambutan hari raya sahaja malah sepatutnya mencari keberkatan pada bulan tersebut.
Selain itu, amalan mengimarahkan masjid dan menghidupkan malam al- Qadar juga sering diabaikan. Malah masjid hanya dipenuhi dengan Jemaah pada minggu pertama puasa sahaja sedangkan solat tarawih pada bulan Ramadhan hanya dapat kita lakukan setahun sekali
Banyak juga pengajaran dan peristiwa jihad berlaku pada bulan Ramdhan. Contohnya pembukaan kota Mekah, peperangan Badar iaitu peperangan pertama dalam Islam dan beberapa peperangan lain.
Sesungguhnya buku ini dapat dijadikan panduan serta pengertian mengenai hukum- hakam supaya dapat kita memperbanyakkan ibadat serta meningkatkan ketaqwaan terhadap Allah S.W.T.
RM12.00
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.