Koleksi Kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia 3

Koleksi Kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia menghimpunkan kisah- kisah teladan buat menyemai nilai- nilai murni yang penting untuk mengasuh pembinaan ‘Insan Beriman dan Beramal’. Kisah- kisah ini sebahagian besar adalah merupakan adaptasi daripada kisah- kisah dan cerita- cerita yang biasa menjadi modal penceramah atau fasilitator kursus. Terdapat juga dalamnya kisah- kisah yang diadaptasi daripada buku- buku yang mempromosikan  kisah- kisah teladan. Kisah- kisah seumpama ini diharap dapat menceria pembaca di kala hendak merehatkan minda di samping memanfaat iktibar positif yang boleh dicetuskan daripada kisah- kisah tersebut.

Karya ini sesuai untuk insan yang sudah sekian lama ketandusan ukiran indah senyuman di wajah. Ia juga amat sesuai untuk insan yang sering berduka dan bermuram durja hingga lupa betapa indahnya keceriaan. Ia turut teramat sesuai bagi insan yang hanya berinteraksi dengan benda hingga lupa bahawa dia sebenarnya manusia. Koleksi Kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia cuba menyemai seberapa banyak mungkin ciri- ciri keinsanan agar dapat membantu insan seumpama ini.

Seterusnya, naskhah Koleksi Kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia ini diibaratkan sebagai naskhah hadiah buat pembaca yang tercari-cari bacaan yang menghiburkan dan mengetengahkan moral disebalik cerita tersebut. Cerita- cerita yang dipaparkan merupakan kisah-kisah biasa yang berlaku sama ada kepada diri sendiri atau individu di sekeliling kita.

Ada yang lucu dan ada yang serius namun disampaikan dengan penuh bersahaja tetapi ibarat kata pepatah ‘siapa yang termakan cili, dialah yang terasa pedasnya’. Kebanyakan cerita yang dipaparkan mungkin pernah tersiar di mana- mana penerbitan tetapi pujian harus diberikan kepada pihak UPENA yang telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkannya menjadi satu koleksi bacaan. Selain menjadikan bahan- bahan di dalam buku ini sebagai bacaan yang mendidik, bahan- bahan ini juga boleh dijadikan sebagai input untuk para penceramah dan fasilitator.

RM20.00

Weight 0.3 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Koleksi Kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia 3”

Order yang telah diproses.

Jumlah pelanggan kami.

Koleksi buku.