Kitab Wahyu & Ahli Kitab

Buku ini ditulis khusus untuk pengenalan kepada orang Islam supaya mendapat gambaran yang jelas mengenai kedudukan kitab- kitab wahyu yang diiktiraf dalam al- Quran iaitu Taurat, Zabur, dan Injil. Di samping memahami sejarah perkembangan kitab- kitab ini supaya mengenal pasti sumber keaslian kitab- kitab ini dan dapat membuat penelitian antara yang benar dengan yang tidak benar. Tentunya buku ini ditulis daripada perspektif pendirian orang Islam yang meletakkan pengiktirafan wahyu atas kriteria yang sangat ketat. Oleh sebab konsep wahyu adalah terbatas hanya kepada firman daripada Allah s.w.t kepada seorang rasul, maka konsep ini tidak boleh dipermain-mainkan dengan membukukan sebarang inspirasi oleh sebarang manusia yang dianggap sebagai rasul, hingga terdapat ramai rasul dalam satu kitab dan banyak kitab wahyu yang bercanggah antara satu sama lain seperti yang terdapat dalam Bible. Lanjutan daripada itu, buku ini memberi sedikit gambaran mengenai tafsiran yang bercanggah daripada kitab yang sama. Sebagai contoh, bagaimana sumber kitab wahyu telah diselewengkan hingga terbentuk dua agama yang berlainan akidah, iaitu agama Yahudi dan agama Kristian.

RM15.00

Weight 0.2 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kitab Wahyu & Ahli Kitab”

Order yang telah diproses.

Jumlah pelanggan kami.

Koleksi buku.