101 Hadis Pilihan

Buku yang diberi tajuk “101 Hadis Pilihan” ini mengandungi himpunan hadis yang mencakupi pelbagai aspek dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap hadis ini telah dipilih dan antara banyak hadis yang telah dihasilkan oleh para perawi. Terdapat segelintir masyarakat Islam yang kurang memahami maksud sesebuah hadis. Justeru, langkah ini diambil bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja celik al- Quran, malah celik al- Hadis. Hadis- hadis ini telah diberi terjemahan, pengertian yang ringkas serta mudah difahami.

Buku terjemahan al-Quran dan pentafsirannya sudah banyak ditulis orang, tetapi buku terjemahan hadis dan huraiannya amat berkurangan sekali. Berlakunya demikian mungkin disebabkan kerana kedudukan hadis dan pembukuannya adalah berbeza dengan al- Quran. Himpunan hadis terdapat yang daif dan tidak sahih. Tidak demikian berlaku kepada al- Quran.

Buku ini disusun adalah untuk memenuhi kehendak masyarakat kita yang amat ketinggalan dalam masalah hadis. Buku ini mempunyai sembilan bab. Berikut adalah bab- bab di dalam buku ini.:

  • Bab Pertama: Ikhlas
  • Bab Kedua: Pengertian Agama
  • Bab Ketiga: Iman
  • Bab Keempat: Islam
  • Bab Kelima: Amal dan Akhlak
  • Bab Keenam: Beberapa Perbandingan & Pengajaran
  • Bab Ketujuh: Amal Bakti
  • Bab Kelapan: Adab Dan Akhlak
  • Bab Kesembilan: Beberapa Pengajaran & Pesanan

RM9.00

Out of stock

Weight 0.1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “101 Hadis Pilihan”

Order yang telah diproses.

Jumlah pelanggan kami.

Koleksi buku.